My Add

Tuesday 30 October 2012

CUEPACS cadang insurans, insentif anggota beruniform

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan insurans dan insentif khas bagi anggota beruniform yang bertugas syif malam.

Antara anggota beruniform yang perlu diberi faedah berkenaan ialah yang bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, anggota di jabatan berkenaan perlu diberi perhatian memandangkan mereka mempunyai beban tugas dan risiko bekerja tidak kira masa.

"Jabatan Perkhidmatan Awam perlu memberi tumpuan terhadap perkara ini sebagaimana anggota beruniform di luar negara yang memperoleh keutamaan di segi insurans dan insentif khas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment