My Add

Tuesday, 30 October 2012

Arroyo enggan kemuka rayuan

MANILA, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo hari ini menolak untuk mengemukakan rayuan berhubung dakwaan menyalahguna dana perjudian bernilai AS$8.8 juta (RM27 juta) ketika memerintah negara ini.

Bekas pemimpin berusia 65 tahun itu hadir di Mahkamah Sandiganbayan, dengan berkerusi roda dan memakai alat sokongan leher ditemani suami dan dua anaknya.

Arroyo ditahan di hospital tentera di Manila sejak 4 Oktober lalu berhubung dakwaan terlibat dengan konspirasi menyalahgunakan dana perjudian bagi membiayai kempen pilihan rayanya antara 2001 dan 2010.

Peguam dan jurucakapnya, Raul Lambino berkata, Arroyo menolak untuk mengemukakan rayuan kerana menunggu petisyen Mahkamah Agung bagi membolehkan tuduhan tersebut digugurkan.

Petisyen yang difailkan pada Rabu lalu, mendesak tribunal tinggi menghalang Mahkamah Sandiganbayan daripada membicarakan kes itu berikutan kekurangan bukti. - Agensi

No comments:

Post a Comment