My Add

Tuesday 30 October 2012

Jentera BN diberi peringatan jangan santai

JERAI, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Jentera Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu lebih responsif dan bergerak ke tahap maksimum bagi memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jentera akar umbi BN tidak boleh bersikap santai memandangkan tuntutan pengundi pada masa ini berbeza berikutan kira-kira 40 peratus daripada mereka adalah golongan muda.

"Petugas yang berkawal di PDM mesti memastikan setiap yang hadir dilatih mengendalikan pilihan raya umum. Maklum balas yang kita terima ialah ramai dalam kalangan orang kita berkata 'tidak apa' sebab sudah lebih 10 kali pilihan raya.

"Kita mesti ingat sistem dan tuntutan sekarang adalah berbeza, sebab itu perlu bersiap siaga sepanjang masa," katanya ketika berucap merasmikan program Himpunan Kasih Sayang Negeri Kedah, Komuniti 1Malaysia di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment