My Add

Tuesday 30 October 2012

Nik Aziz layak pimpin Pas hadapi PRU-13

KOTA BHARU, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Tidak ada individu lain layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi Pas kerana Mursyidul Am Pas itu mempunyai pengalaman dan ketokohan memimpin parti tersebut menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi bayangan, kepimpinan Nik Abdul Aziz mungkin hanya diperlukan khusus untuk pilihan raya sahaja dan soal lain selepas itu seperti siapa akan menjadi Menteri Besar akan diuruskan kemudian.

"Soal sekarang ini ialah orang yang akan memimpin Pas dalam pilihan raya di Kelantan, kita bukan bercakap soal Menteri Besar, jadi setakat ini orang yang paling layak memimpin Pas dalam pilihan raya adalah Tok Guru (Nik Abdul Aziz) disebabkan pengalaman, ketokohan, kepimpinan dan penghormatan masyarakat kepada beliau," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment