My Add

Tuesday 30 October 2012

Dr. Mahathir sampaikan ucaptama Sidang Riba Dunia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Riba Dunia kali ketiga di ibu negara pada 26 November ini.

Riba Free Economy menerusi laman webnya di http://www.rifcon.net berkata, Dr. Mahathir bakal menyampaikan ucaptama bertajuk Gelora Sosio Ekonomi Dunia: Apakah tindakan yang boleh diambil oleh negara-negara?.

Persidangan itu dianjurkan Riba Free Economy dengan kerjasama Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Al-Ghazzali bagi Sains Islam dan Pembangunan Manusia Sydney, Australia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Antara penceramah lain yang turut serta ialah Sheikh Imran N. Hossein, Pengerusi dan Presiden Institut Perbankan Awam Amerika Syarikat (AS), Ellen Hodgson Brown, pengarang buku terkenal, Bill Still dan profesor Jabatan Ekonomi dan Kewangan Universiti Drake, Iowa, AS, Profesor Emeritus Ismail Hossein-zadeh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment