My Add

Tuesday 30 October 2012

Beribu-ribu rumah musnah dilanda taufan Son Tinh

HANOI, SELASA, 30 Oktober, 2012: Sekurang-kurangnya dua orang terkorban manakala beribu-ribu buah rumah musnah di perairan Vietnam di sini semalam, selepas berlaku taufan Son Tinh, kata pihak berkuasa.

Angin kencang yang bertiup sekuat 140 kilometer sejam itu memusnahkan beberapa kawasan tanaman dan juga menerbangkan bumbung di kawasan perumahan dan menyebabkan tanah runtuh di utara negara ini.

Menurut laporan rasmi Jawatankuasa Kebangsaan Kawalan Banjir dan Ribut di Hanoi, dua orang telah disahkan meninggal dunia manakala dua lagi dilaporkan hilang. - AFP

No comments:

Post a Comment