My Add

Tuesday 30 October 2012

Sumbangan veteran tidak berpencen dilanca

SIBU, SELASA, 30 Oktober, 2012: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam melancarkan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen (STB1M) pada majlis makan malam Kempen Rayuan Hari Pahlawan ke-52 di sini.

Bercakap pada majlis itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM1,000 secara sekaligus kepada 234,500 veteran ATM terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat seluruh negara.

"STB1M yang akan dibayar mulai Januari 2013 akan melibatkan peruntukkan kewangan sebanyak RM234.5 juta. Kos ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)” katanya.

Penerima atau veteran ini adalah mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun yang bersara awal dan tidak berpencen, yang telah dibersarakan atau menamatkan perkhidmatan secara terhormat tanpa mengira tarikh mula berkhidmat, sementara tarikh tamat tempoh perkhidmatan adalah pada atau sebelum 31 Disember 2012.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment