My Add

Tuesday 30 October 2012

Terbakar kotak panel lampu jalan, bukan pencawang: SESB

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini menjelaskan bahawa kebakaran berhampiran Taman Univilla dekat sini Jumaat lalu sebenarnya membabitkan kotak panel lampu jalan dan bukan pencawang elektrik seperti dilapor media tempatan.

Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ahmad Sazree Abd Aziz berkata, kotak panel untuk lampu jalan itu adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan milik SESB.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati kotak panel untuk lampu jalan di kawasan berkenaan telah mengalami kerosakan sebelum ianya terbakar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan kejadian itu kepada SESB dan tindakan untuk menutup bekalan elektrik ke kawasan berkenaan dibuat serta merta bagi memastikan keselamatan anggota Bomba dan Penyelamat ketika membuat kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Ahmad Sazree berkata, PBT dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan pembaikan segera. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment