My Add

Tuesday 30 October 2012

Suruhanjaya Integriti terima 288 aduan

PUTRAJAYA, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Dalam tempoh 18 bulan sejak ditubuhkan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menerima 288 aduan dan 194 daripadanya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusinya, Datuk Heliliah Mohd. Yusof berkata, aduan yang diterima termasuk kes rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pegawai agensi penguat kuasa itu.

Katanya, agensi penguat kuasa lain yang tertinggi adalah Jabatan Imigresen iaitu 16 kes aduan diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan sembilan kes manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula sebanyak lima kes.

"Kita menyedari agensi-agensi terbabit menjalankan tugas bagi memelihara undang-undang demi kepentingan umum tetapi dalam melaksanakannya, sudah tentu berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau mengambil kesempatan, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment