My Add

Tuesday 30 October 2012

Tidak perlu desak letak jawatan

KOTA BHARU, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Kerajaan Pas Kelantan tidak mahu pihak lain 'menyibuk' meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob meletak jawatan berikutan skandal projek Lembah Sireh kerana menyifatkan perkara itu bukan urusan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hanya ahli Pas yang layak membuat keputusan menentukan kepemimpinan yang mereka pilih.

"Biarlah ahli Pas yang buat keputusan siapa yang patut pimpin Pas, bukan Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak).

"Ini bukan kerja dia (Ombak), dia hanya perlu tumpu kerja dia, orang (ahli) Pas lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan siapa yang perlu pegang jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment