My Add

Tuesday 30 October 2012

JMPP kemuka 20 tuntutan

*MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (tengah) menyatakan sesuatu dalam sidang akhbar selepas Majlis Silaturrahim Ummah, di Pulau Pinang, kelmarin. - UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengemukakan 20 tuntutan dalam usaha memastikan kesucian agama dan perpaduan umat Islam serta orang Melayu di negeri ini tidak terus terhakis.

Dalam tuntutan yang dihasilkan melalui Majlis Silaturrahim Ummah, di sini malam tadi, JMPP turut menuntut supaya larangan membaca al-Quran sebelum waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang ditarik balik.

Selain itu, mereka juga meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004 bagi membolehkan kuasa melantik Mufti dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam serta lima lagi perkara berkaitan agama diserahkan kembali kepada Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment