My Add

Tuesday 30 October 2012

Haramkan hisap shisha - CAP

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan aktiviti menghisap shisha yang dikatakan sama bahayanya dengan merokok.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, langkah segera harus diambil oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran berikutan gejala menghisap shisha semakin popular dalam kalangan remaja ekoran kewujudan begitu banyak premis dan kedai yang menyediakan kemudahan tersebut.

"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap shisha mempunyai risiko yang sama seperti merokok. Seorang penghisap shisha akan menyedut sebanyak 50 hingga 200 kali atau bersamaan 0.15 hingga 1 liter asap selama 20 hingga 80 minit.

"Mereka yang merokok pula menyedut lapan hingga 12 kali bersamaan 0.5 hingga 0.6 liter asap selama lima hingga tujuh minit. Kedua-duanya menyebabkan ketagihan kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utamanya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment