My Add

Tuesday, 30 October 2012

44 orang belia wakili Malaysia ke ASC

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 Oktober, 2012: Sebanyak 44 orang belia akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) di Pusat Konvension Jakarta (JCC) pada 15 hingga 17 November ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kesemua peserta berusia 25 tahun ke bawah itu akan mengambil bahagian dalam 22 bidang kemahiran yang ada ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya.

"Bidang berkenaan termasuk elektronik, masakan, pembuatan kabinet, teknologi automobil, fesyen, reka bentuk web dan terapi kecantikan.

“Bidang kemahiran di bawah Kementerian Kerja Raya pula adalah kimpalan, pemasangan elektrik, kejuruteraan mekanikal reka bentuk CAD serta penyejukan dan pendingin hawa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment