My Add

Tuesday 30 October 2012

Penambahan rizab minyak ditemui berhampiran Pahang

PUTRAJAYA, SELASA, 30 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah diberitahu oleh Petronas bahawa usahasama antara Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui penambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, dengan penambahan rizab itu, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan sebanyak 64 juta tong dengan pengeluaran minyak dijangka dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 hingga 20,000 tong sehari.

Katanya, medan minyak berkenaan terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung bertentangan dengan negeri Pahang pada kedalaman air 76 meter.

Penemuan itu katanya, telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin.

“Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment