My Add

Monday 3 December 2012

21 pemimpin korporat asing ditawar Pas Residen

PUTRAJAYA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Sebanyak 21 pemimpin korporat dan pakar warganegara asing hari ini ditawarkan Pas Residen bagi membolehkan mereka dan keluarga masing-masing bermastautin secara sah di negara ini selama 10 tahun.

Antara yang menerima tawaran tersebut ialah Pengarah Urusan Legoland Malaysia, Siegfried Boerst dan Ketua Google Malaysia, Sajith Sivanandan.

Mereka merupakan antara pemimpin korporat dan pakar dalam bidang-bidang perniagaan, kewangan, minyak dan gas serta pendidikan yang menjadi perintis di bawah inisiatif baharu kerajaan bagi menarik dan mengekalkan bakat-bakat asing itu.

Surat tawaran itu diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis pertemuan dengan kumpulan ekspatriat berkenaan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment