My Add

Monday 3 December 2012

Bank Negara tiada kuasa kembalikan wang dibeku

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012:. - Bank Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula wang yang telah dibekukan akibat pelaburan yang dibuat dalam skim haram.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai sebaliknya berkata sekiranya terdapat prosiding jenayah terhadap mana-mana kes penyelewengan, segala aset hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

"Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau aset mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Chew Lee Giok di Dewan Negara hari ini sama ada pelabur skim pelaburan haram yang telah dibekukan aset boleh mengambil semula wang pelaburan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment