My Add

Sunday 2 December 2012

230,000 ahli Wanita sedia bantu kemenangan BN
 *SHAHRIZAT Abdul Jalil berucap semasa penggulungan pada Perhimpunan
Agung UMNO 2012 di PWTC, semalam
.

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Pergerakan Wanita UMNO telah mempersiapkan seramai 230,000 daripada 1.3 juta ahli pergerakan itu di seluruh negara untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera wanita yang menjadi tulang belakang parti itu akan berada di barisan hadapan dan bersedia sebagai benteng dalam pertembungan melawan parti pembangkang.

''Wanita akan bersama-sama dalam lebuh raya pancaroba politik hari ini. Ketaatan Wanita untuk memberi sokongan kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berbelah bahagi, rekod Wanita tidak pernah menderhaka kepada parti.

''Kami akan turun ke lembah, hutan dan api, bersama kami tarah, badai dan gelombang kami terjah, musuh dan halangan bersama kita belasah.

''Kami akan gerak sederap, kami bersama hati semangat mantap, amanah tinggi mempertahankan negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, banyak pengiktirafan diberikan kepada wanita, sekali gus pelbagai usaha transformasi dilakukan kepada golongan tersebut di bawah pentadbiran Najib.

Namun, katanya, transformasi ekonomi juga perlu dilakukan khususnya bagi membantu para ibu tunggal dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

''Wanita BN memperjuangkan dasar ibu tunggal kerana mengikut perangkaan pada 2010, lebih 80,000 wanita didaftar sebagai ibu tunggal.

Maka kita minta dasar itu diwujudkan. Wanita BN akan memberikan pelan tindakan kepada kementerian berkaitan untuk membantu ibu tunggal,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment