My Add

Monday 3 December 2012

241,740 individu diisytihar bangkrap

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.

"Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment