My Add

Monday 3 December 2012

TUDM terima dua daripada 12 Eurocopter EC725

PETALING JAYA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 bagi mengganti sebahagian daripada 38 helikopter Nuri yang berkhidmat sejak 1959.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesawat buatan Perancis itu, selain memperkuat operasi mencari dan menyelamat, juga mempunyai fungsi luas, antaranya, sebagai pengangkutan serta utiliti lain.

"Saya difahamkan EC725 ini boleh membawa sehingga 11,000 kilogram muatan. Ia juga boleh digunakan dalam semua cuaca serta dilengkapi kamera dan radar yang amat penting apabila operasi mencari dan menyelamat dilakukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pesawat itu di Terminal Skypark Subang hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Ismail Ahmad serta Naib Presiden Kanan Jualan dan Perhubungan Pelanggan Eurocopter Oliver Lambert.

Ahmad Zahid berkata TUDM akan menerima dua pesawat lagi pada Mac depan dan bakinya secara berperingkat sehingga Januari 2014. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment