My Add

Tuesday 25 December 2012

500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan

KUALA KRAI, SELASA, 25 Disember, 2012: Kira-kira 500 penduduk di Kampung Karangan dan Kampung Budi di sini terputus hubungan apabila jambatan yang merentas Sungai Kelantan ke kampung mereka ditenggelami air.

Ini berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan sejak kebelakangan ini membuatkan jambatan sepanjang 300 meter penghubung kawasan berkenaan dengan Kampung Manjor ditenggelami air lebih lima meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manjor Selatan, Che Mat Taib berkata, kemungkinan paras air di kawasan jambatan mengambil masa panjang untuk surut.

"Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot tambang untuk menyeberang sungai bagi melakukan segala urusan sama ada di Kuala Krai atau Gua Musang,” katanya kepada pemberita. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment