My Add

Wednesday 26 December 2012

Balak: MB Kedah tetap anggap tindakan betul

ALOR SETAR 25 Disember, 2012: Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras untuk meneruskan aktiviti pembangunan tanah dan pembalakan di Gunung Inas di Baling dan Pedu di Padang Terap meskipun Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan semua kegiatan itu dihentikan serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa kerajaan negeri melaksanakan projek di kedua-dua kawasan berkenaan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Malah, beliau dengan angkuh berkata, pihaknya tidak akan 'mengorbankan' projek kerajaan negeri semata-mata untuk, SELASA, menunggu laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang baharu siap kerana projek tersebut telah berjalan.

"Kalau sebab EIA, depa (mereka) buat lambat dulu. Takkan kerana EIA lambat, kita pun nak korban kita punya projek kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment