My Add

Wednesday 26 December 2012

Isu pingat: Koo Ham enggan ulas lanjut

IPOH, SELASA, 25 Disember, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham enggan mengulas lanjut mengenai isu beliau menerima darjah kebesaran membawa gelaran 'Datuk' yang didakwa melanggar polisi parti itu.

Ditanya sama ada beliau tetap mahu mengekalkan gelaran 'Datuk' atau memulangkannya semula seperti yang didesak Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor semalam, Koo Ham berkata, isu itu tidak patut timbul kerana telah dijelaskan kepada media semalam.

"Saya tidak ada ulasan lanjut. Saya telah keluarkan kenyataan semalam dan apa-apa sila rujuk kenyataan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam kenyataan kepada media semalam, Koo Ham mempertahankan tindakannya menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' walaupun didakwa melanggar polisi DAP yang tidak membenarkan pemimpinnya menerima gelaran ketika masih dalam politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment