My Add

Monday 3 December 2012

Cho Ha bidas Guan Eng

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
 LUMUT, AHAD, 02 Disember, 2012: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai beberapa projek infrastruktur termasuk pembangunan semula Jeti Swettenham yang dilaksanakan di negeri itu.

Beliau menegaskan, Guan Eng sepatutnya sedar beberapa isu yang timbul dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri itu sebenarnya berpunca daripada sikap kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang enggan memberi kerjasama.

"Kenyataan Ketua Menteri (Guan Eng) tidak semuanya betul. Banyak perkara yang tidak dapat dilakukan kerana mereka (kerajaan negeri) sendiri tidak bekerjasama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program Satu Komuniti, Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment