My Add

Monday 3 December 2012

3 pelajar UniKL maut kemalangan

Oleh Thomas Chong dan Ilah Hafiz Aziz
SEPANG, AHAD, 02 Disember, 2012:. Keriangan 11 sahabat berkonvoi dengan tiga buah kereta ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk meraikan sambutan hari jadi seorang rakan bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka maut dan seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta Perodua Kancil di Jalan Salak-Sepang berhampiran pekan Sungai Pelek di sini awal pagi ini.

Difahamkan, kesemua mereka yang merupakan pelajar tahun dua Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan Mesin dan Penyelenggaraan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu bertolak ke Port Dickson dari Alamanda, Putrajaya, lewat malam tadi.

Mereka yang meninggal dunia ialah Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19; Ahmad Fikri Salihudin, 21; dan Muhamad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21.

Ketiga-tiga mereka menaiki sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu rakan mereka, Faizullah Abdul Malik, 21, dan ketika kejadian kereta mereka jauh meninggalkan rakan-rakan lain yang menaiki Proton Saga dan sebuah lagi Perodua Kancil. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment