My Add

Wednesday, 26 December 2012

Cuti 554 anggota, pegawai bomba dibeku

RANTAU PANJANG, SELASA, 25 Disember, 2012: Kesemua cuti 554 anggota serta pegawai Bomba dan Penyelamat Kelantan telah dibekukan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi bencana banjir di negeri itu.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, malah sebahagian daripada mereka sudah mula menjalankan operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir di Rantau Panjang selepas air di Sungai Golok meningkat mendadak.

Beliau berkata, secara keseluruhannya keadaan banjir di negeri itu masih lagi terkawal dan proses pemindahan turut berjalan lancar.

Azmi turut berpuas hati dengan tahap kesedaran penduduk tentang risiko banjir yang secara tidak langsung memudahkan lagi tugas pihaknya.

"Kebanyakan penduduk sudah mempunyai kesedaran apabila mereka mengambil inisiatif berpindah sendiri ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan sebelum rumah mereka ditenggelami air. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment