My Add

Wednesday 26 December 2012

Takungan empangan dilepaskan elak bencana

KUALA TERENGGANU, SELASA, 25 Disember, 2012: Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa 'dipecahkan' semalam untuk melepaskan air demi keselamatan penduduk sehingga menyebabkan kawasan sekitarnya dilanda banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengesahkan perkara itu berkata, langkah tersebut terpaksa diambil bagi mengurangkan risiko tekanan kandungan air yang berlebihan dan dibimbangi boleh menimbulkan bencana lebih besar.

Beliau memberitahu, tindakan memecahkan sebahagian empangan itu juga bagi membolehkan air dari empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui, tindakan 'memecahkan' empangan itu menyebabkan banjir melanda daerah Besut dengan setakat ini lebih 1,000 penduduk terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment