My Add

Wednesday, 26 December 2012

Detik cemas dilanda taufan Bhopa

Daripada Assim Hassan

MINDANAO, SELASA, 25 Disember, 2012: “Ketika angin kuat, saya bersama 30 jemaah lain berada di dalam masjid.

“Kami dalam keadaan ketakutan hingga terpaksa bersembunyi di bawah meja di dalam masjid," demikian menurut seorang penduduk, Nasier Sangkupan, 45, dari Kampung Lambojan, Bagtican, di sini sewaktu menceritakan detik-detik cemas ketika taufan Bhopa melanda wilayah itu awal Disember lalu.

Menceritakan lebih lanjut, Nasier berkata, sewaktu angin kencang melanda, kira-kira 30 jemaah sedang bersiap-siap menunaikan solat Subuh.

Katanya, ekoran angin kencang itu juga beberapa jemaah menunaikan solat hajat bagi memohon perlindungan Allah SWT sebelum mendirikan solat Subuh dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang.

“Beberapa jemaah juga mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dengan kuat bagi memohon perlindungan," katanya kepada pemberita di pekarangan Masjid Lambajon, Bagtican di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment