My Add

Wednesday 26 December 2012

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1.2 kg. syabu

JOHOR BAHRU, SELASA, 25 Disember, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup 1.2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM600,000 selepas menahan sebuah bot fiber di perairan Tanjung Tohor, Batu Pahat, awal pagi ini.

Bagaimanapun, dalam serbuan pada pukul 5.30 pagi itu, suspek yang dipercayai berasal dari negara jiran, berjaya meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut seterusnya menghilangkan diri ke kawasan paya bakau berhampiran.

Ketua Penguat Kuasa Maritim, Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggotanya yang sedang meronda menemukan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

"Apabila kita menghampiri bot tersebut, seorang lelaki dipercayai tekong bot yang terkejut dengan kehadiran penguat kuasa bertindak terjun ke dalam laut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment