My Add

Monday 3 December 2012

Halang perkara negatif berlaku di dalam masjid

SHAH ALAM, AHAD,,0 2 Disember, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah meminta peranan baginda sebagai ketua agama Islam di Selangor tidak dimanipulasi pihak tertentu yang hanya mahu meraih publisiti.

Sultan Sharafuddin bertitah, sebagai ketua agama baginda perlu memastikan agama Islam terus dihormati dan ditempatkan pada martabat yang tinggi dalam segala hal ehwal negeri.

"Semasa pertabalan beta sebagai Sultan Selangor, beta telah berikrar untuk memelihara dan menjaga nama baik agama Islam yang suci ini. Beta secara ikhlasnya ingin melihat institusi masjid menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan di negeri Selangor ini.

"Beta bertanggungjawab memastikan kehidupan umat Islam khususnya orang-orang Melayu terbela," titah baginda ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid bertema 'Tuanku Prihatin Masjid' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment