My Add

Saturday, 1 December 2012

'Ikut nasihat, jika tidak mati katak'

Abdul Shukur Idrus
ARHIZA AHMAD
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Ahli-ahli UMNO diingatkan agar terus menetapkan pendirian menerima nasihat kepimpinan parti dan tidak menjadi seperti "katak yang suka melompat" sekiranya tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketika mengetengahkan perkara itu, perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli UMNO, mereka harus mendengar arahan dan saranan daripada pucuk pimpinan.

"Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak, jawabnya.

"Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO, pagi ini.

Selangor antara negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

 Abdul Shukur yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor memberitahu bahawa falsafah larangan itu ialah Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa dan Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang.

"Falsafah yang menjadi ikutan adalah Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua; Kita Amalkan Toleransi Amanah Kesederhaan dan Kejayaan Akan Tercapai Abila Kerjasama.

"Seandainya kita tidak mempunyai idea bagi menjana kecemerlangan pilihan raya kali ini, kita harus mencontohi cara Perdana Menteri bekerja," katanya.

Abdul Shukur berkata, cara yang dibawa oleh Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri telah banyak membawa perubahan, di mana sekiranya "kita melihat sekarang ramai pihak termasuk pengundi mula kembali kepada kita."

Najib juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Tambah beliau, ahli-ahli UMNO harus melihat PRU13 dalam pelbagai sudut agar Umno tidak kecundang, sebaliknya berjaya merampas semula negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment