My Add

Saturday 1 December 2012

Tiada maaf jika tidak bayar royalti Kelantan: Husam

 Husam Musa
 KOTA BHARU, JUMAT, 30 November, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.

"Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO semalam, yang meminta maaf bagi pihak pimpinan UMNO dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.

Najib, Presiden Umno, turut berikrar beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.

Pada Ogos 2010 Kerajaan Kelantan telah memfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 setelah Kerajaan Pusat enggan menyerahkan wang royalti.

Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk menjadi defenden kedua.

Namun Ogos lalu, Perdana Menteri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment