My Add

Saturday, 1 December 2012

Jangan terpengaruh propaganda pembangkang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Rakyat Sabah dinasihatkan jangan terpengaruh dengan propaganda pakatan pembangkang kononnya mereka mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan propaganda yang sering dicanangkan pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebagai taktik murahan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan mereka.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kedudukan UMNO Sabah ketika ini adalah mantap, perpaduan ahli-ahlinya dalam keadaan baik dan mereka tahu cabaran yang dihadapi.

“Walau apa pun yang diumumkan pembangkang, insya-Allah, saya percaya BN akan mencapai kejayaan cemerlang di Sabah," kata Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika melawat bilik operasi media pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment