My Add

Saturday 1 December 2012

Selangor lebih banyak cetus kontroversi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Sepanjang empat tahun lapan bulan memerintah, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lebih banyak mencetuskan kontroversi berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, wakil UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus menggesa ahli-ahli parti itu memberikan tumpuan dalam segenap segi bagi membuat perubahan untuk mensejahterakan rakyat di negeri berkenaan.

"Saya terpanggil untuk menceritakan rakusnya mereka menjual harta-harta dan khazanah negeri Selangor terutama yang telah kita (kerajaan Barisan Nasional) bina selama ini untuk kita wariskan pada anak cucu dan generasi masa depan.

"Antara perkara yang telah mereka lakukan di bumi Selangor itu adalah penjualan aset-aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bernilai RM270 juta, isu sampah yang semakin kritikal dan terbaru cadangan menjual saham PKNS kepada Worldwide,'' katanya.

Selamatkan kampung Melayu

Wakil Pulau Pinang pula meminta Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menyelamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang yang kian ‘dihapuskan’ oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Datuk Abdul Rahim Saibu (gambar) berkata, terdapat kumpulan yang turut melibatkan golongan peguam mengadakan gerakan terancang bagi menghapuskan kampung Melayu khususnya di kawasan pesisiran pantai negeri itu.

“Kini orang Melayu di pesisiran pantai begitu tertekan dan terhimpit, habis tanah digadai. Saya mohon kalau boleh tubuh satu jawatankuasa khas bagi selamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO, di sini hari ini.

Beliau mendedahkan, semakin ramai orang Melayu terpaksa berpindah ke Seberang Perai akibat keadaan dan desakan hidup yang kian menekan akibat harga hartanah yang melambung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment