My Add

Wednesday, 26 December 2012

Karpal dicabar nafi hubungan sulit Anwar- Shamsidar

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Disember, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, Karpal perlu menyahut cabaran itu kerana beliau dan anaknya, Gobind Singh Deo mahukan Anwar menjadi calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.

"Karpal juga perlu menjelaskan mengapa beliau enggan menerima Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sedangkan jawatan yang disandang Abdul Hadi ketika ini adalah dipilih dan bukannya dilantik.

"Jawatan yang dipegang Abdul Hadi tidak sama seperti Karpal atau Anwar. Kedua-dua mereka dilantik dan bukannya dipilih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Karpal dan DAP yang terus mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Karpal sehingga kini belum pernah menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Oktober 1997 yang beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.

Dalam perkembangan berkaitan, SD Johari turut mencabar Karpal mengarahkan Gobind yang juga seorang peguam menarik balik kenyataannya dalam hansard Parlimen pada Oktober 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment