My Add

Wednesday 26 December 2012

Tuntut penjelasan isu pemberian tanah di kawasan Relai

KOTA BHARU, SELASA, 25 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan berhimpun secara aman di hadapan pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nilam Puri, di sini semalam bagi menyerahkan memorandum menuntut penjelasan berhubung isu pemberian tanah di kawasan Relai Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua Wira Perkasa negeri, Azman Yazib kepada pihak YIK yang diwakili Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ahmad Shukeri Ismail dalam suasana harmoni.

Azman berkata, berdasarkan maklumat diterima, tanah di kawasan itu asalnya diserahkan oleh kerajaan negeri kepada YIK pada 13 September 2000 dan telah dipajak oleh syarikat Upayapadu Plantation.

Menurutnya, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pisau.net tempoh hari, tanah tersebut diberikan kepada dua ADUN DAP itu sebagai balasan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebaga - UTUSAN

No comments:

Post a Comment