My Add

Saturday 1 December 2012

Katakan 'tidak' kepada pembangkang: Najib

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012:: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat menolak parti pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.

Perdana Menteri berkata hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk negara ini dan kemajuan bangsa Melayu serta bangsa lain.

"Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undipenindasan bangsa tercinta.

"Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Berucap di hadapan lebih 2,700 anggota perwakilan, Presiden UMNO berkata inilah masanya untuk rakyat negara ini termasuk anggota UMNO untuk berada dalam barisan yang bersatu bagi menentang fitnah daripada PAS, menentang pluralisme daripada PKR dan menentang perkauman daripada DAP.

"Yakinlah hanya UMNO yang mampu mempertahan kesucian agama Islam. Hanya UMNO yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan mati hanya untuk Islam. Wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam," katanya.

Katanya ada pihak melabelkan UMNO dan kerajaan BN yang menerajui Malaysia sebagai pihak yang zalim, tetapi hakikatnya kerajaan Malaysia mendapatkan pengiktirafan begitu tinggi di peringkat antarabangsa, terutama dari dunia Islam.

"Kitalah di pihak yang benar. Ini main labeling kononnya kita zalim. Kita jadikan Islam Addin, Syumul dan ketinggian Islam adalah perjuangan UMNO dari dulu sampai sekarang," katanya.

Najib berkata, BN adalah kerajaan yang adil kerana sebarang bantuan hanya diberikan kepada semua orang dan bukan kepada penyokong BN dan UMNO.

"Puak sana buat apa? Orang UMNO dia tak bagi. Ladang estet di Kelantan siapa dapat? Majlis daerah kontraktor-kontraktor kelas F di Selangor siapa dapat?" soal beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment