My Add

Monday 3 December 2012

Kerajaan lancar Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat pada suku pertama 2013

PUTRAJAYA, ISNIN, 03 Disember, 2012:: Kerajaan akan melancarkan Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat pada suku pertama 2013 sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula dan memajukan Jabatan Imigresen, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, bahagian terbabit akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memberikan perkhidmatan bersepadu dan lancar yang merangkumi sistem dan infrastruktur yang dinaik taraf, memperkemas proses dan kemudahan berteraskan pelanggan serta perkhidmatan.

"Kami membentuk satu jawatankuasa kerja bersama yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Talents Corp untuk menyelaraskan dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk membangunkan inovasi selanjutnya dalam dasar dan perkhidmatan Imigresen," katanya pada mesyuarat dengan ketua-ketua korporat ekspatriat utama di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Najib juga secara peribadi menawarkan status 'Residence Pass-Talent' (RP-T) kepada 21 pemimpin korporat, pelabur-pelabur asing dan pakar dalam bidang masing-masing.

Mereka mewakili syarikat-syarikat terkemuka dalam sektor-sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) seperti perniagaan perkhidmatan, minyak dan gas, perkhidmatan kewangan dan pendidikan.

RP-T dikeluarkan khusus kepada individu berkenaan dan membolehkan bakat asing tinggal dan bekerja di Malaysia sehingga 10 tahun dan boleh diperbaharu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment