My Add

Monday 3 December 2012

Taufan Bopha: 39,000 penduduk di Filipina diarahkan berpindah

MANILA ISNIN, 03 Disember, 2012: Pihak berkuasa Filipina mengarahkan ribuan rakyatnya untuk meninggalkan kawasan pesisir pantai dan tanah rendah susulan taufan Bopha berkelajuan 210 kilometer sejam menuju ke arah negara itu.

Taufan Bopha dijangka melanda perkampungan nelayan di selatan Filipina semalam, menjadikannya taufan terkuat akan melanda negara itu, tahun ini.

Datuk Bandar Hinatuan mengarahkan 39,000 warga kawasan perkampungan di sekitar pesisir pantai dan lembah sungai yang sering dilanda banjir berpindah ke kawasan perlindungan kerajaan. - AFP

No comments:

Post a Comment