My Add

Saturday 1 December 2012

Malaysia sokong Palestin jadi anggota PBB

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Malaysia memperkukuh sokongan kepada aspirasi rakyat Palestin untuk menentukan hala tuju sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata Malaysia juga menyokong permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota PBB.

"Kami juga mengalu-alukan resolusi yang meningkatkan status Palestin sebagai negara pemerhati PBB. Ucapan tahniah kepada Palestin," katanya dalam kenyataan di mesyuarat pleno perhimpunn agung PBB ke-67 Khamis lalu.

Kenyataan beliau yang dihantar kepada Bernama, menyentuh Agenda 37 laporan jawatankuasa mengenai hak mutlak Palestin.

Hussein berkata tarikh 29 November merupakan tarikh penting kepada semua dan “kami mengingati Hari Solidariti Antarabangsa dengan rakyat Palestin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment