My Add

Saturday 1 December 2012

Lima orang maut MPV bertembung lori tangki

MERSING, SABTU, 01 Disember, 2012: Lima sekeluarga terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kenderaan pelbagai kegunaan (MPV) dengan sebuah lori tangki di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku seawal 7.30 pagi itu menyebabkan empat daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah manakala seorang lagi menembuskan nafas terakhir di Hospital Mersing.

Kesemua mangsa berasal dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi iaitu Abdullah M. Yusof, 43; isterinya, Samsiah Maidin, 37; Muhammad Aiman Syakirin Abdullah, 8; Maisarah Abdullah, 4, dan kakak ipar, Noraini Maidin, 41.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan Maisarah meninggal dunia di Hospital Mersing sementara seorang lagi anggota keluarga mangsa, Amar Haziq Abdullah, 3, berada dalam keadaan parah dan sedang dirawat di hospital yang sama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment