My Add

Saturday 1 December 2012

Najib lontar soalan cepumas penuh makna

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melontarkan soalan 'cepumas' penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menyifatkannya sebagai soalan yang penting dan perlu dibuat kaji selidik, Presiden UMNO itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum itu.

Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu -- sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

"Ini survey penting...tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang...tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada, tanya selera," katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan.

Menggulung perbahasan pada sesi penutup Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Najib menuntut warga Umno menghayati dan membawa semangat yang bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu, pulang ke tempat masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment