My Add

Sunday 2 December 2012

Noh Omar sedia beri penjelasan isu tender benih padi

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 DISEMBER, 2012: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia menjawab kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mendakwa kononnya tiada ketelusan dalam proses tender pembekalan benih padi oleh kementeriannya.

Noh berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta tarikh untuk beliau memberi penjelasan
mengenai isu itu kepada Abdul Khalid serta semua anggota exco kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan tulis surat. Esok saya akan masuk pejabat, saya akan tulis
immediately...mereka tak perlu tulis surat. Saya yang akan tulis surat terus
saya nak berjumpa (untuk) memberi penerangan (hal) ini kepada semua Adun di
Selangor," kataNYA Kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini
hari ini.

Beliau berkata tempoh sebulan akan diberi kepada Abdul Khalid untuk menjawab suratnya itu.

"Saya mohon kerajaan negeri untuk menerima kedatangan saya. Saya akan pergi
ke mana-mana di Selangor untuk menjelaskan isu itu dan jika kerajaan negeri
hanya mendiam diri elok sekiranya Khalid (Menteri Besar Selangor) meletak
jawatan," katanya juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Baru-baru ini Adun Sekinchan, Ng Sue Lim mendakwa tender benih padi negara bernilai RM164.8 juta diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.

Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan itu dengan memperjelaskan bahawa mulai tahun ini, pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan di dalam akhbar.

Beliau berkata setiap permohonan dinilai oleh tiga jawatankuasa kementerian
bagi memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan
benih padi berkualiti dianugerahkan tender. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment