My Add

Sunday 2 December 2012

DVD rakaman ucapan dasar Presiden UMNO laris

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Cakera video digital (DVD) rakaman ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang dijual di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, mendapat permintaan paling tinggi.

Penjual DVD, Ahmad Ibrahim berkata, ramai perwakilan membelinya bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk dibawa pulang sebagai hadiah kepada rakan-rakan.

Ucapan bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' yang disampaikan Najib pada perasmian perhimpunan itu Khamis lepas antara lain mengajak anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya.

Ahmad berkata, turut mendapat sambutan hangat ialah DVD ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya semasa membahaskan usul agama dan pendidikan yang menyentuh tindakan PAS mendoakan kehancuran UMNO.

Begitu juga dengan ucapan bahas wakil Sabah Datuk Arifin Mohd Arif semasa membahaskan usul yang sama, katanya kepada Bernama.

Ahmad berkata selain itu, DVD ucapan Pengerusi Kelab Umno Tokyo Ariff Yasir Zulkafli yang menyentuh emosi perwakilan dengan nyanyian lagu 'Warisan' sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden Umno semalam, turut mendapat permintaan tinggi.

Beliau berkata, semua rakaman ucapan itu dijual dengan harga RM10 sekeping. - BERNAM

No comments:

Post a Comment