My Add

Monday 3 December 2012

Perkasa sifatkan ucapan PM untuk rakyat

PASIR MAS, AHAD, 02 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja untuk ahli parti itu serta Barisan Nasional (BN) tetapi melibatkan seluruh rakyat negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, negara sudah mencapai tahap yang amat membanggakan dan harus terus digerakkan ke hadapan oleh kerajaan yang mempunyai rekod terbaik.

Malah katanya, Perkasa berpendapat tidak ada pilihan yang terbaik untuk menggantikan kerajaan sedia ada dan rakyat perlu memberikan sokongan berterusan.

"Sokongan untuk UMNO dan BN bukan bagi pemimpinnya tetapi negara kerana konsep yang diterapkan BN berjaya menjamin kesejahteraan negara.

"Sejarah membuktikan segala-galanya, oleh itu saya berpendapat kita harus benar-benar ikhlas dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi bagi memastikan kegemilangan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Polis Bersama Masyarakat Jasamu Dikenang di Pondok Polis Chekok, To' Uban di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment