My Add

Monday 3 December 2012

Polemik MCA, Gerakan berakhir

PULAU PINANG, AHAD, 02 DisE Polemik politik antara MCA dan Gerakan yang melanda sejak sekian lama telah berakhir dan kedua-dua parti kini fokus untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, pelbagai usaha yang dijalankan di peringkat akar umbi bagi mengatasi isu tersebut sudah mula menampakkan hasil.

Menurutnya, kewujudan kerjasama antara jentera kedua-dua parti di banyak kawasan membuktikan polemik tersebut berjaya diketepikan.

"Cerita lama kita ketepikan dan jadikannya sebagai catatan sejarah. Jangan lagi dibawa ke hadapan," katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-23 Majlis Belia Hindu Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ucapan penggulungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam yang percaya majoriti dua pertiga pasti menjadi milik BN jika semua parti komponennya sepakat menyokong calon parti itu.

Katanya, isu calon tidak sepatutnya menjadi penyebab kepada kekalahan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tsunami politik yang melanda pilihan raya umum pada 2008 iaitu calon-calon BN kalah di beberapa kawasan disebabkan isu berkenaan, tidak seharusnya berulang.

"Kalau wujud sekali pun, perlu diminimumkan dan jangan diperbesarkan.

"Diharapkan saranan Perdana Menteri itu disambut baik oleh semua parti komponen BN," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment