My Add

Tuesday 4 December 2012

Polis dapat petunjuk kes rumah ketua pemuda UMNO dipecah masuk

BUKIT MERTAJAM:, ISNIN,03 Disember, 2012 Polis sudah mendapat beberapa petunjuk berhubung kejadian rumah Ketua Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini, dipecah masuk semalam sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, polis menemui petunjuk berdasarkan barangan seperti sepasang selipar dan kesan tapak kaki yang ditinggalkan suspek.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, polis percaya kejadian dilakukan lebih daripada seorang kerana peti besi yang mengandungi barangan berharga yang dilarikan dari rumah Mohd Zaidi Mohd said, 43, agak berat untuk diangkat hanya seorang individu.

Antara barangan yang dilarikan ialah barang kemas, jongkong emas, komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen lain serta sebuah motosikal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment