My Add

Tuesday 4 December 2012

Kerajaan yakin capai sasaran pendapatan per kapita US$15,000

KUALA LUMPUR, ISNIN,, 03 Disember,,2012: Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran pendapatan US$15,000 per kapita sebelum tempoh akhir Wawasan 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini.

Katanya, pendapatan per kapita negara kini berada pada paras US$9,500 dan menjangka sasaran penuh dapat dicapai pada 2018.

Antara penyumbang terbesar untuk mencapai sasaran terbabit adalah kadar pertumbuhan ekonomi negara yang kekal tinggi dan peningkatan trend pelaburan sektor swasta, katanya.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelaburan swasta 15.5 peratus pada 2010 dan 12.2 peratus pada 2011.

"Pada pencapaian separuh tahun pertama 2012, sekiranya dikira secara tahunan, peratusan pelaburan sektor swasta akan meningkat 22.2 peratus."

"Jadi, jika anda boleh melihat dari sini bahawa pelaburan sektor swasta mencatatkan prestasi yang baik..keadaan menunjukkan kekukuhan bagi mencapai Wawasan 2020," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesin cetak lapan warna Percetakan Nasional Malaysia Bhd di sini.

Terkini, katanya pelaburan sektor swasta menyumbang 60 peratus kepada keluaran dalam negara kasar dan baki 40 peratus daripada pelaburan kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment