My Add

Monday 3 December 2012

Selembut Salju rangkul Piala Seri Endon 2012

KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Disember, 2012: Selembut Salju yang dianggotai empat pereka tempatan dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Piala Seri Endon 2012 selepas menewaskan 11 peserta lain dalam majlis yang diadakan di sini hari ini.

Kumpulan itu dianggotai bekas penuntut Institut Kraf Negara, Amir Harith Mohd. Kashim, Noryuhazlieni Mat Jusoh, Nik Ahmad Farris Afifi Nik Abdullah dan Azizah Abdul Wahab.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM30,000, piala dan sijil penyertaan.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir, Penaung Batik Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman; isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, Datuk Leela Mohd. Ali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment