My Add

Monday 3 December 2012

Berjaya capai sasaran - Noh

*NOH Omar (tengah) bersama Mohd. Hashim Abdullah (kiri) memegang sijil The Malaysia Book of Records (MBOR)pada majlis penutup MAHA 2012 di Serdang, Selangor, semalam. Turut kelihatan, penyelidik MBOR, Zulhairi Zin (kanan). - BERNAMA

Oleh BADRUL HAFIZA MAT 
ISAdan MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Disember, 2012: Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 berjaya mencapai sasaran kehadiran tiga juta pengunjung sepanjang 10 hari penganjurannya bermula 23 November lalu sehingga hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, setakat pukul 1 petang hari ini sahaja, sebanyak 3.1 juta pengunjung dicatatkan menghadiri pameran dwitahunan itu.

"Kehadiran pengunjung kali ini melebihi kira-kira 2.6 juta pengunjung dalam MAHA 2010 dan kejayaan ini juga membolehkan MAHA 2012 mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai pameran pertanian, hortikultur dan agro pelancongan dengan pengunjung teramai," katanya = UTUSAN

No comments:

Post a Comment