My Add

Monday 3 December 2012

Sukarelawan KP1M ke Gaza dibekal jaket kalis peluru

*SHAHRIN Ahmad (kiri) menerangkan cara pemakaian jaket kalis peluru kepadAbdul Azeez Abdul Rahim pada Kursus Khas Peserta Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Dis. — Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) memberi jaminan akan menyediakan kelengkapan keselamatan kepada sukarelawan dan pengamal media yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sebanyak 11 jaket kalis peluru disediakan kepada sukarelawan yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan itu pada 5 hingga 14 Disember ini.

Tambah Abdul Azeez, jaket keselamatan itu diperoleh daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan akan turut dibekalkan kepada para sukarelawan yang memasuki kawasan berisiko - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment